THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, January 14, 2010

BENARKAH ATAU CUMA MAINAN PERASAAN?

Sudah sebulan lamanya Nizan menyimpan perasaan kasih dan sayangnya terhadap Ifah. Ifah juga masih merahsiakan perasaan cinta terhadap Nizan walaupun sudah berkenalan selama hampir tiga bulan. Nizan masih ragu-ragu untuk meluahkan perasaannya kerana takut untuk kecewa buat kali kedua. Nizan seolah-olah dapat merasai bahawa dia akan menerima jawapan yang kurang baik dan membuatkannya lebih kecewa lagi. Sementara itu, Ifah masih dalam dilema samada memilih Nizan atau janji yang pernah dilakarnya sebelum ini. Ifah pernah berjanji yang dia akan bercinta selepas mendirikan rumah tangga seperti yang digariskan dalam Islam. Gadis bertudung ini sebenarnya juga pernah bercinta dan dikecewakan oleh bekas teman lelakinya setelah Ifah begitu setia terhadap bekas kekasihnya tersebut. Namun, apapun yang ingin dikatakan oleh Ifah, semua itu hanyalah cinta bangku sekolah yang tidak terlepas daripada istilah cinta monyet.

Semakin hari, Nizan semakin gelisah danrasa tidak senang selagi tidak meluahkan perasaannya terhadap Ifah. Sementara itu, mesej-mesej yang dikirimnya kepada Ifah tidak pernah dibalas apatah lagi untuk menjawab panggilan Nizan. Oleh kerana sudah tidak tahan dengan tekanan perasaan cinta yang semakin meninggi, Nizan mengambil keputusan untuk mengirim mesej kepada Ifah dan buat pertama kali selepas beberapa lama tidak membalas mesej Nizan, Ifah memberi respon.

-          Salam, Ifah. Nizan minta maaf kalau Nizan pernah menyakiti hati Ifah. Ifah, Nizan cadang mahu jumpa Ifah hujung minggu ini. Itupun kalau Ifah sudi. Kalu Ifah sudi, kita jumpa di taman rekreasi dekat pekan hari Ahad ini pukul 4 petang. Boleh kah?

Ifah membalas,  -        Baiklah.

Nizan berasa gembira kerana akhirnya Ifah membalas mesej yang dikirimkannya. Ahad tidak lama lagi. Hanya tinggal 5 hari lagi untuk bertemu dengan Ifah pada hari tersebut. Perasaan Nizan bercampur baur. Hendak dikatakan tidak sabar, hatinya mula gementar. Hendak dikatakan takut, sudah terlanjur diberitahu. Kerunsingan yang difikirkan oleh Nizan membuatkan hidupnya selama lima hari tiu tidak menentu.

Nizan keluar daripada rumah untuk bertemu dengan Rahmat. Rahmat sudah menunggu Nizan di padang bola sepak sejak lima belas minit yang lalu. Rahmat memakai baju t-shirt berwarna merun dan seluar trek hitam. Dari jauh kelihatan jasad Rahmat sedang berdiri di bawah pokok mangga yang tumbuh di tepi padang bola sepak itu. Nizan mendekati Rahmat yang sedang bengang menunggu Nizan. Mana tidaknya, sudah lima belas minit menanti sahabat baiknya itu. Nizan merapati Rahmat dan bersalaman dengannya. Nizan memulakan perbualan.

“Mat, aku kacaulah kebelakangan ini.”

“Siapa yang berani kacau kau? Bagi tahu aku. Aku kerjakan dia.”

“Bukanlah. Apa punya lembap lah otak kau ni. Maksud aku, fikiran aku kacau.”

“Cakaplah clear sikit. Kacau? Kenapa?”

“Najihah. Eh, maksud aku Nazifah.”

“Najihah kah Nazifah? Cakaplah elok-elok.”

“Nazifah. Tiga hari lagi aku akan bertemu dengan dia. Tapi aku keliru sama ada mahu luahkan atau tidak.”

“Aku tak fahamlah dengan kau ni. Kalau kau betul-betul suka luahkan sahajalah. Apa mahu runsingkan kepala.”

“Bukan macam itu. Aku takut kecewa buat kali kedua. Macam Najihah.”

“Ini bukan masa untuk fikirkan kenangan tawar kau empat tahun lalu itu Nizan. Aku sehingga hari ni sudah jemu mendengar cerita kau dengan Najihah. Mengapa ka uterus memikirkan benda lama. Benda tu dah berlalu. Sampai bila kau mahu keruhkan minda kau dengan perkara itu? Kau fikirlah yang terbaik Nizan. Tapi kalau aku, aku memang dah luahkan perasaan aku waktu pertama kali bertemu dengan Ifah tu.”

“Entahlah Mat. Aku pun tak tahu kenapa aku macam ini. Mungkin aku terlalu menaruh harapan yang tinggi terhadap dia. Sebab itu aku selalu mengingatkannya selepas aku dikecewakan. Dan Ifah pula, aku takut kalau perkara yang sama berulang.”

“Kau harus berani Nizan. Aku percaya ifah pun menyimpan perasaan terhadap kau.”

“Maybe.”

Nizan dan Rahmat terus berbual panjang pada petang itu. Sambil berbual, mereka berdua memerhatikan kawasan padang yang yang berada di hadapan tempat mereka duduk. Nizan dan Rahmat bertenggek di atas batang pokok yang baru ditumbangkan oleh penduduk kampung pada minggu lalu. Di atas padang kelihatan anak-anak muda sedang bermain bola sepak. Keadaan sangat meriah dengan pekikan para pemain yang menjadi aktres dalam permainan tersebut. Pandangan Nizan tertarik dengan seorang lelaki tua yang sudah berusia 40-an masih cergaas menggelecek bola di tepi kanan padang. Kelincahannya bermain bola sepak itu membuatkan tidak sebaya dengan anak-anak muda yang lain. Bagai tidak kelihatan walau sedikit pun kelemahannya sebagai veteran kampung Nizan itu.

Pandangan Nizan terbuai seketika dengan sekumpulan bangau yang sedang terbang sekawan kembali pulang ke habitatnya selepas seharian keluar mencari makanan. Bangau-bangau itu terbang ke arah utara seperti ke arah hutan di belakang kampung Nizan. Sangat cantik corak yang dibentuk oleh kawanan bangau yang terbang itu. Kadang kala berbentuk V dan ada pula yang berbentuk S. Indah ciptaan Tuhan. Nizan dan Rahmat memerhatikan bangau-bangau itu sehingga hilang dari pandangan mereka. Nizan mengalihkan kembali pandangannya ke padang bola yang masih lagi dimeriahkan dengan sorak gembira anak-anak muda yang sedang bermain dalam petak bola sepak itu.

Beginilah kehidupan manusia di bumi Allah ini. Hidup ini bolehlah diibaratkan dengan bermain bola sepak. Kita adalah pemain yang bermain di atas padang yang disediakan oleh Allah SWT. Lawan adalah musuh yang terdiri daripada Syaitan dan mungkin juga kalangan manusia sendiri. Bola adalah ketentuan yang ada pada kita. Salah tendang, binasalah diri sendiri kerana gawang lawan ibarat syurga dan gawang sendiri ibarat neraka yang akan membawa kekalahan kepada diri kita. Dalam permainan ini kita akan diawasi oleh refri dan lesman pula umpama malaikat yang sentiasa memerhati tingkah laku kita. Andaikata kesilapan dilakukan amaran akan diberikan dengan kad kuning dan apabila sudah melebihi tahap had yang ditetapkan merahlah jawabnya. Hidup sememangnya singkat selama 90 minit yang memaksa kita untuk mengumpul seberapa banyak jaringan untuk di bawa ke perlawanan akhir di akhirat nanti. Permainan ini memerlukan peraturan dan panduan daripada Al-Quran dan Hadith. Dan yang pasti, Muhammad SAW adalah pemain terbaik.

Nizan berbaring di atas katil setelah penat mengayuh basikal petang tadi mengelilingi kampung bersama Rahmat. Tatkala Nizan baru sahaja melabuhkan badannya di atas katil kesayangannya, tiba-tiba Zikri Faizal Tahir menyanyi lagi.
~ Kerna kamu, kulepaskan diriku. Pergilah bersamamu dengannya. Yang kuinginkan…”

Nizan mencapai telefon bimbitnya. Zikri!

“Assalamualaikum Nizan. Apa Khabar?”

“Wa alaikumsalam Zikri. Khabar baik, kau pulak macamana?”

“Aku macam biasa. Masih handsome dan bergaya”

“Alamak, ada pula orang yang perasaan. Sejak bila kau jadi handsome ni? Bukankah kau yang paling tak laku time sekolah dulu?”

“Itu cerita lama Nizan. Eh, Nizan aku pulang esok!”

“Bila? Esok? Alamak, datang lagi kau ke kampung ni.”

“Mulut kau ni. Aku bagi cili nanti.”

“Alah, gurau sajalah Ri. Nanti aku bagi tahu Rahmat.”

“Ikut kau lah mahu bagi tahu siap-siapa. Sebenarnya aku sudah berhenti kerja. Kan dua minggu lagi keputusan STPM akan diumumkan. Jadi aku baliklah awal sikit.”

“Oh, macam itu.”

“Lagipun aku mahu jumpa kekasih aku. Rindu rasanya. Macamanalah dia sekarang ini.”

“Kau ada kekasih? Siapa?”

“Hah! Itulah jangan pandang sinis dengan aku. Mana bolah bagi tahu. Kalau mahu tahu lusa aku bagi jumpa dengan kau.”

“Lusa? Di mana? Alah, bagi tahulah namanya. Kalau aku kenal tak payah lah jumpa. Buang masa aku sahaja.”

“Kau takkan kenal. Dia baru pindah ke kampung kita. Baru beberapa bulan. Aku takkan bagi tahu namanya sekarang. Tapi aku bagi clue dengan kau ya. Mahu ka?”

“Yalah. Apa clue-nya?”

“Orangnya bertudung, matanya sepet sikitlah. Keningnya tebal dan kulitnya hitam-hitam manis.”

Nizan terdiam dan cuba untuk menggambarkan keadaan gadis yang dibayangkan oleh Zikri. Eh, ciri-ciri itu bukankah ada pada Nazifah.

“Nizan? Kenapa senyap?”

“Tidak ada apa-apa.”

“Baiklah Nizan. Aku mahu kemas barang ni. Jangan lupa jumpa Ahad ni ya.”

“Insya-Allah.”

Fikiran Nizan mula bercelaru. Kini, segala kemungkinan mula digambarkan olehnya. Dalam benak mindanya mengatakan bahawa gadis yang dimaksudkan oleh Zikri adalah Ifah. Tapi mungkin juga mustahil kerana Ifah baharu sahaja berpindah ke kampung itu, iaitu selepas Zikri pergi ke semenanjung Malaysia. Tapi semua itu juga tidak mustahil untuk berlaku bukan. Nizan terus berfikir dan melontarkan pandangannya jauh-jauh. Nizan memberi sebuah lagi kemungkinan yang akan berlaku antaranya dengan Ifah. Adakah pertemuan mereka nanti akan memberikan sebuah lafaz yang mengecewakan Nizan? Entahlah.

“Nizan, sebenarnya Ifah sudah berpunya. Ifah rasa Nizan mengenali kekasih Ifah memandangkan dia adalah rakan Nizan sewaktu di bangku sekolah dulu.” Ifah memulakan perbualan.

“Rakan? Siapa Ifah?” Nizan mempersoalkan istilah rakan itu.

“Ya, Rakan. Rakan Nizan. Tapi Ifah tidak mahu pula Nizan membencinya selepas Ifah memberitahu Nizan siapa dia.”

“Herm… Insya-Allah. Tapi, siapa dia?”

Dari belakang terdengar sebuah suara yang agak biasa Nizan dengar sebelum ini.

“Nizan, Assalamualaikum. Awal kamu sampai. Hah, Nizan inilah gadis yang aku maksudkan itu. Namanya Nazifah.” Zikri tersenyum sambil merapatkan tubuhnya kepada Ifah. Nizan hanya mampu tersenyum.

Bunyi deringan jam loceng Nizan mengejutkannya daripada tidur sejak semalaman. Nizan terjaga daripada mimpi yang menghantui dirinya semalam. Rupanya bayangan buruk yang digambarkan tentang perhubungannya dengan Ifah terbawa-bawa ke dalam mimpinya. Nizan menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum sendiriran. Jiwanya semakin kacau. Setiap kali dia ingin mencetuskan sebuah perhubungan dengan seorang gadis pasti akan mendapat pelbagai dugaan dan di situlah dia akan mula membayangkan sesuatu yang mungkin akan berlaku. Mungkin juga Nizan ingin berhati-hati selepas peristiwa empat tahun lalu. Dia agaknya takut benda yang sama akan berulang kembali.

Nizan melihat ke arah dinding biliknya. Nizan melihat kalender yang tergantung pada dinding tersebut. Esok adalah hari pertemuan Nizan dengan Ifah. Kelihatan contengan pada kalender tersebut. Hari Ahad dibulatkan dengan marker pen berwarna biru dan dicatat-Ifah­­. Nizan tersenyum lagi dan terus bingkas bangun dari katil menuju ke jendela biliknya. Nizan membuka daun jendela perlahan-lahan dengan harapan nasibnya tidak malang seperti kisah yang lepas. Selepas membuka daun jendela biliknya, Nizan dapat memerhatikan kanak-kanak yang selalu bermain di halaman rumahnya. Maklumlah, halaman rumah Nizan agak luas dan bersih hasil kerajinan emaknya.

Pandangan Nizan kemudian tertarik dengan tiang elektrik yang terpacak di sebelah kanan rumahnya sejak hampir 15 tahun yang lalu. Tiang elektrik itu kelihatan senget daripada yang biasa. Mungkin akibat kelembapan tanah ekoran hujan sejak semalam. Lagipun, angin agak kencang sejak beberapa malam yang lepas. Masya-Allah, kuatnya kuasa Tuhan sehingga boleh melakukan apa sahaja dalam masa yang diinginkan-Nya. Nizan terpaku seketika seperti masih mengantuk lagi. Matanya terkebil-kebil seketika menahan mengatuk dan cuba melawan perasaan itu memandangkan hari sudah siang.

Nizan kembali memerhatikan tiang elektrik yang senget itu. Sudah tiada kerja lain yang ingin dilakukan oleh Nizan selain memerhati sesuatu dan akan cuba memikirkannya. Namun, seringkali fikiran Nizan akan melayang dan memikirkan yang bukan-bukan. Kadang kala Nizan sendiri akan melalut sendirian. Pandangan tajam Nizan terganggu dengan oleh seekor burung pipit yang hinggap pada wayar yang merentangi setiap tiang elektrik yang membolehkan rumahnya diterangi cahaya lampu pada setiap malam. Nizan memerhatikan burung itu dengan teliti. Seolah-olah Nizan mampu untuk membaca perasaan burung pipit itu. Nizan berkata sendiri dan cuba untuk meyakinkan dirinya bahawa burung itu sedang menanti seekor burung pipit lain untuk menemaninya bertenggek pada wayar itu. Nizan terus membaca isi hati burung tersebut.

-          Ke manakah perginya si pipit jantan ini? Sudah hampir setengah jam aku bertenggek pada wayar elektrik ini. Nanti kalau aku mati terkena arus elektrik ini barulah si pipit jantan padan muka. Tidak dapat bertemu dengan kekasih pujaan hatinya ini.

Seketika kemudian seekor burung pipit tiba dan hinggap di sebelah burung pipit yang seekor tadi itu.

-          Maafkan saya datang lewat.
-          Awak memang macam ini selalu. Saya sudah lali dengan sikap awak. Dulu masa kita mula kenal, janji pukul 8.00 pagi, pukul 6.00 pagi awak sudah datang. Sekarang janji pukul 7.00 pagi, pukul 9.00 pagi awak datang.
-          Maafkanlah. Awak sayang saya kan?
-          Herm, pandailah awak ambil hati saya.

Nizan mengikuti perbualan kedua-dua ekor burung tersebut sehinggalah keduanya terbang bersama. Sungguh kuat imiginasi Nizan terhadap persekitarannya.

“Nizan!” Nizan tersentak dengan panggilan tersebut. Suara tersebut sudah biasa didengar oleh Nizan. Lamunannya tersentak.

“Ya, emak.” Nizan menyahut.
“Mari sini. Tolong emak kejap.”

“Baik, emak.”

“Nizan, esok emak hendak ke Bandar. Jadi, emak mahu Nizan jangan pergi ke mana-mana esok. Tolong jaga rumah.”

“Tapi, emak…”

“Tapi apa lagi?”

“Esok nizan ada temujanji dengan kawan Nizan nak jumpa. Lagipun sudah lama kami tidak bertemu.” Nizan cuba berdalih.

“Herm, Nizan emak tengok sejak akhir-akhir ini selalu sangat keluar rumah.”

“Tiada apa-apa. Lagipun, Nizan tiada kerja di rumah ini.”

“Kan belakang rumah tu menanti Nizan untuk berkhidmat untuknya.”

No comment”

“Satu lagi, emak tengok Nizan kebelakangan ini selalu melamun. Nizan jatuh cinta lagi kah?”

“Eh, emak ini ke situ pula. Hah, kata tadi mahu minta bantu, nak bantu apa?”

“Kan emak dah cakap tadi esok tolong jaga rumah.”

“La… Emak ni. Kalau Nizan tahu tadi, tidaklah Nian tergesa-gesa keluar bilik tadi. Buat Nizan terkejut sahaja.”

Mak Siah tersenyum melihat telatah Nizan yang tertipu di awal pagi. Nizan menjeling sinis dan segera beredar untuk mengelakkan soalan yang bukan-bukan keluar daripada mulut emak kesayangannya itu.

Nizan mencapai telefon bimbitnya dan menekan-nekan pad kekunci dengan perlahan-lahan.
-          Salam, Ifah dah bangun kah?
-          Salam. Ifah dah bangun awal lagi. Nizan mesti baru bangun ini kan?
-          Eh, Nizan dah bangun sejak tadi lagi lah.
-          Ya? Kenapa hantar SMS kepada Ifah?
-          Yalah. Tidak, Nizan mahu tanya esok mahu jumpa pukul berapa? Dan di mana?
-          Ooo… Esok kita jumpa pukul 10.00 pagi. Di airport.
-          Airport? Kenapa harus di situ?
-          Ifah mahu jemput seseorang di situ esok. Jadi apa salahnya kalau Ifah mahu kenalkan Nizan dengan orang itu kan.
-          Seseorang? Siapa?
-          Adalah. Kalau mahu tahu datang lah esok. Jumpa esok ya. Salam.
-          Salam.

Nizan tertanya-tanya lagi siapakah yang ingin diperkenalkan kepadanya. Nizan bertambah bingung dengan persoalan demi persoalan yang tiada jawapannya. Seketika kemudian dia teringat bahawa Zikri akan pulang esok dari Semenanjung Malaysia. Nizan berbisik sendirian

-          Ya, Zikri! Zikri akan pulang esok pagi. Mungkinkah Zikri benar-benar kekasih Ifah? Ah, mungkin kan!

Thursday, January 07, 2010

1 FEBRUARI

Sudah seminggu lamanya Nizan duduk di rumah tanpa membuat apa-apa. Kehidupannya selama seminggu hanya makan dan tidur sahaja. Mana tidaknya, Nizan jatuh demam selepas bermandi hujan seminggu yang lepas ketika menombak kelapa sawit peninggalan arwah ayahnya. Nizan melakukan kerja-kerja mengusahakan tanah peninggalan itu bersama dua orang pekerja mereka yang digajikan sejak sebelum arwah ayah pergi lagi. Nizan dengan mereka sangat rapat seperti keluarga walaupun pekerja tersebuat adalah warga seberang. Bagi Nizan, status bukan penting dalam pergaulan. Yang lebih mustahak adalah adab dan sikap seseorang dalam bermasyrakat dan bersaudara.

Keadaan Nizan masih tidak berubah walaupun sudah seminggu mengambil ubat demam daripada klinik desa di kampung kediamannya. Tidak cukup dengan ubat daripada klinik, Nizan juga mendapatkan rawatan tradisional dengan meminum herba yang disediakan oleh emaknya. Walaupun kelat rasanya namun terpaksa juga dihabiskan air herba memandangkan emak Nizan akan memerhatikan Nizan menghabiskan air herba tersebut. Emak Nizan memang seorang yang cukup tegas namun hatinya lembut.

Tit… Tit… Telefon bimbit Nizan berbunyi menandakan ada pesanan yang masuk. Nizan membuka mesej tersebut. Daripada Rahmat rupanya.

-          Salam, kau dah sembuh?
-          Belum lagi Mat. Macam itu jugak. Kau buat apa?
-          Aku rasa bosan duduk di rumah ni. Ingat mahu ajak kau keluar pergi pekan petang ni. Tapi kau masih belum sihat. Tak jadilah.
-          Eh, jangan macam tu. Aku rasa aku dah semakin baik ni. Petang nanti eloklah rasanya.
-          Betulkah ni?
-          Insya-Allah, Mat.
-          Baiklah. Kita jumpa petang nanti ya Nizan.
-          Baiklah. Jangan tidur pulak.
-          Aik, aku kah yang tidur atau kau Nizan?
-          Perli aku lagi lah tu.
-          Mana ada. Kau rasa pedaskah? Sorry.
-          Dahla, aku nak rehat kejap.
-          Baik bos!

Nizan dan Rahmat memang sahabat baik sejak di bangku sekolah lagi. Ke mana sahaja Nizan pergi, pasti ada Rahmat dan di mana ada Rahmat, di situ ada Nizan. Nizan berpegang pada sebuah hadis yang amat popular yang berbunyi:
Terdapat tiga cara untuk merasai kemanisan iman; pertama adalah mencintai Allah dan Rasulullah melebihi cinta kepada yang lain. Kedua, mencintai sahabatnya melebihi diri sendiri. Dan yang ketiga takut melakukan dosa kerana membenci api neraka.
Kerana itulah hubungan mereka sangat rapat rapat dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Pada kebiasaaannya, Nizan akan membantu Rahmat dari segi akademik dan rahmat pula membantu Nizan dari segi kewangan memandangkan Nizan seorang pelajar harapan sekolah dan Rahmat adalah seorang anak usahawan berjaya di kampungnya.

Pada petangnya, walaupun belum pulih sepenuhnya Nizan mengambil keputusan untuk keluar bersama rahmat seperti yang telah dijanjikan pada pagi hari. Selepas mengenakan baju t-shirt berwarna coklat dan seluar trek hitam, Nizan bergerak perlahan keluar daripada biliknya. Keadaannya agak bertenaga walaupun masih demam.

“Hah, mahu ke mana Nizan?” Mak Siah bertanya.

“Arr… Anu… Ar…” Nizan tergagap-gagap.

“Nizan kan belum sihat. Duduk di rumah.”

“Tapi Nizan dah janji dengan Rahmat. Nanti apa pulak kata Rahmat.”

“Tapi kamu kan belum sihat, nak.”

“Tak mengapa mak. Rahmat ada.”

“Yalah, jangan balik lewat sangat. Nizan tu demam.”

“Baik. Mak.”

Nizan keluar rumah dengan senyuman dengan harapan dapat bertemu dengan Rahmat selepas seminggu tidak bertemu sahabat baiknya itu. Melangkah sahaja Nizan daripada pintu hadapan rumah, Rahmat terus tiba di halaman rumah Nizan. Warna baju yang dipakai oleh Rahmat sama dengan Nizan. Cuma coraknya yang berlainan. Mereka menunggang basikal menuju ke pekan. Rahmat memberitahu Nizan bahawa dia ingin membeli barangan dapur yang dipesan oleh ibunya sebelum membeli dakwat printer kepunyaannya yang baru habis semalam.  Nizan hanya mengikut kehendak Rahmat.

Setibanya di pekan, Rahmat dan Nizan meletakkan basikal di sebelah kedai runcit berhadapan dengan kedai gunting rambut yang menjadi tempat mereka melepak semasa pulang dari sekolah dahulu. Nizan turun daripada basikal dan mengekori langkah Rahmat menuju ke kedai runcit untuk membeli pesanan ibu Rahmat. Semasa berjalan menuju ke kedai runcit tersebut, tiba-tiba sesuatu pergerakan melalui hadapan Nizan. Kali ini sungguh hampir dengan dirinya dan jelas di hadapan matanya sendiri. Nizan tergamam seketika dan langkahnya terhenti mati. Nizan memerhatikan sahaja sambil matanya tidak berkelip-kelip. Rahmat terus meninggalkan Nizan dan masuk ke dalam kedai runcit. Mata Nizan mengekori pergerakan tersebut sehingga hilang melalui bangunan rumah kedai di hadapannya.

~ Dialah orangnya! Hati Nizan berkata sendiri. Rupanya perempuan itulah yang dilihat oleh Nizan semasa bermain bola tampar dalam perlawanan persahabatan beberapa minggu yang lalu. Perempuan itulah yang membuatkan Nizan terpukau apabila melihat dia lalu di hadapannya. Nizan amat tidak percaya bahawa semua ini adalah realiti dan bukan khayalan semata-mata. Maklumlah bahawa Nizan merupakan seorang yang suka melamun panjang. Nizan sangat tertarik dengan perpempuan tersebut kerana lirikannya sangat mencuri pandangan Nizan. Kulitnya yang hitam manis menggambarkan keindahan hati dan perasaannya. Nizan dibuai dengan perasaan jiwang yang menikam hingga ke lubuk hatinya. Adakah Nizan jatuh cinta?

“Woi! Sejak tadi aku tengok kau melamun panjang. Tak habis-habis.” Rahmat menyentak lamunan Nizan.

“Aku nampak dia lagi. Dia memang betul-betul ada. Bukan ilusi.”

“Apa yang kau nampak? Dari hari itu kau kata kau nampak sesuatu tapi entah apa bendanya. Hantuka?”

“Hesh, bukanlah. Budak perempuan. Cun gila.”

“Betulkah? Mana? Mana? Kenapa tak bagitahu aku sejak tadi? Aduhai, melepaslah aku ni.”

“Sorry. Kau memang tiada chance lagi untuk dia tu. Tak perlu nak sibuk.”

“Why not?”

“Sebab aku dah mula terpikat dengan dia.”

“Apa? Nizan jatuh hati setelah empat tahun kecewa? Baguslah tu.”

“Kau memang tak habis-habis mahu perli aku. Sudahlah.”

Selepas selesai membeli barangan yang diperlukan oleh Rahmat, mereka berdua kembali pulang ke rumah masing-masing. Nizan terbayangkan wajah perempuan yang lalu di hadapannya sebentar tadi. Terlalu manis pada pandangan mata Nizan. Ayu dan menawan.

Tiga hari selepas itu, Nizan sudah sihat sepenuhnya. Nizan kembali mengusahakan kebun kelapa sawit yang agak lama ditinggalkannya. Nizan keluar seawall pukul 7.30 pagi dan hanya akan pulang ke rumah untuk makan tengah hari. Kadang-kadang Nizan tidak akan makan tengah hari sebaliknya menghabiskan ker-kerja kebun terlebih dahulu sebelum terus pulang untuk berehat. Hari itu Nizan tidak pulang makan tengah hari sebaliknya menyiapkan semua kerja memandangkan tinggal sedikit sahaja lagi. Nizan pulang ke rumah kira-kira pukul 3.05 petang dan merehatkan diri di bilik seperti biasa selepas membersihkan badannya. Nizan tertidur sehinggalah solat maghrib kunjung tiba.

Keesokkan harinya seperti biasa pada hujung minggu Nizan akan lewat bangun memandangkan terlalu letih bekerja di kebun kelapa sawit keluarganya. Selepas bangun tidur, Nizan bersiap-siap untuk keluar ke pekan. Kali ini Nizan keluar sendiri denagn tujuan untuk mencari gadis yang pernah lalu dihadapannya sejak beberapa minggu yang lepas. Nizan keluar dengan wajah yang sangat ceria dan penuh harapan. Dalam fikiran Nizan hanya satu yang bermain iaitu menemui gadis tersebut dan berkenalan dengannya. Nizan menunggang basikal seperti biasa dengan berseluar jeans dan baju t-shirt biru.

Setibanya di pekan, Nizan meletakkan basikal di tempat biasa dan berdiri sendiri di sebelah kedai runcit tempat dia bertemu dangan gadis misteri itu kali kedua. Nizan mengharapkan pertemuan kali ketiga ini akan mebawa kepada perkenalan antara keduanya. Nizan terus berdiri menanti kehadiran gadis itu walaupun sudah hampir tiga jam menunggu gadis tersebut. Ternyata penantian Nizan tidak sia-sia dan mendatangkan hasil. Gadis itu sekali lagi lalu di hadapan Nizan. Kali ini Nizan tidak terlalu terpaku seperti kali pertama dan kali kedua melihat gadis tersebut.

“Assalamualaikum.” Nizan menyapa.

“Wa alaikumusalam.” Gadis itu menjawab dengan nada yang perlahan. Jantung Nizan berdenyut deras apabila mendengar suara gadis tersebut.

“Maaf, mengganggu.”

“Tiadalah. Tidak mengganggu pun. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?”

“Macam ni. Saya dah lama tengok awak. Ingat tak semasa perlawanan bola tampar tempoh hari,”

“Perlawanan bola tampar? Yang mana satu ya?”

“Bunyi macam banyak kali saja pegi perlawanan bola tampar. Pemain kah?”

“Tidaklah. Minat sahaja tapi langsung tak pandai main pun.”

Hampir sejam Nizan dan gadis tersebut berbual dan bergurau senda seperti sudah lama berkenalan. Baru sahaja Nizan dan gadis itu bertemu, kemesraan seolah-olah timbul dalam perbualan mereka berdua.

“Eh, sudah hampir sejam kita berbual. Tapi kita tak mengenali pun nama masing-masing. Siapa nama awak?” Nizan bertanya meneruskan perbualan mereka berdua.

“Ya pula kan. Nama saya Nazifah. Panggil Azi sahaja pun cukup. Semua orang pun panggil Azi.” Gadis tersebut menjawab. “Awak?” Nizan terpaku seketika. Hampir sama dengan nama Najihah. Ah!

“Nizan. Mohamamad Nizan bin Salim. Orang biasa panggil awak Azi? Saya tak mahu panggil awak dengan nama itu boleh tak?”

“habis itu, awak nak panggil saya apa?”

“Nazifah. Nazi….fah. bolah saya panggil awak Ifah?”

“Eh, awak? Orang tak biasa panggil saya macam itu tau. Kalau awak panggil saya guna nama tu, awaklah orang pertama yang menggunakan nama tersebut.”

“Awak suka?”

Ifah hanya terdiam dan tersenyum seolah-olah membenarkan Nizan untuk memanggilnya dengan nama itu. Ifah terpinga-pinga dan membetulkan tudung yang dipakainya seperti dalam keadaan malu. Nizan turut tersenyum. Selepas beberapa lama mereka meneruskan perbualan, Nizan mengambil keputusan untuk pulang ke rumah memandangkan hari semakin gelap dan tidak manis jika anak dara keluar sampai senja. Nizan amat menghormati harga diri dan kesopanan yang terpancar dalam wajah Ifah. Kening Ifah yang tebal itu menjadi igauan Nizan sejak pertemuannya kali pertama lagi.

Setibanya di rumah, Nizan menunaikan solat maghrib dan terus terlena di atas katil bercadarkan biru kesayangannya. Nizan hanya terjaga selepas pukul 10.00 malam dan terus menunaikan solat isyak. Selepas menunaikan solat isyak, Nizan mencapai telefon bimbitnya yang terletak di atas kerusi belajar Nizan. Dia membelek telefon bimbit dan mula menekan-nekan punat telefon bimbitnya. Alamak, ada mesej! Sejak pukul 8.37 malam lagi. Daripada Ifah! Nizan terus membuka mesej tersebut.

-          Salam, Nizan. Awak buat apa?
Nizan membalas mesej tersebut.
-          Salam. Ifah, Nizan tertidur tadi. Baru sahaja bangun ni. Ifah buat apa?
-          Ifah tengah tengok tv sekarang nie. Dengan mak dan ayah.
-          Eh, tengok tv pun nak mesej dengan kita?
-          Tak apa kalau awak tak nak.
-          Eh, siapa yang tak nak?
-          Awak lah.
-          Siapa kata?
-          Herm…

Nizan dan Ifah menghabiskan sepanjang malam sehingga lewat untuk berbalas-balas mesej.

Hubungan antara Nizan dan Ifah semakin hari semakin rapat. Setiap hari Nizan dan Ifah saling berbalas mesej melalui telefon bimbit mereka. Nizan mula mengenali diri Ifah yang usianya sebaya dengan Nizan. Hanya beza 7 bulan sahaja. Perwatakan Ifah hampir sama dengan perwatakan Najihah yang pernah dikenalinya sebelum ini. Nizan kadang-kadang tertanya-tanya sama ada Ifah juga akan memberikan jawapan yang sama seperti Najihah setelah Nizan meluahkan hatinya kelak. Nizan tidak dapat menafikan perasaan cintanya mula wujud setelah selepas sebulan mengenali dan mendekati Ifah. Pernah sekali Nizan cuba mengusik Ifah dengan kata-kata yang manja dan jiwang. Ifah hanya mampu tertawa kecil tidak memberikan respon sama ada suka arau tidak. Kadang-kadang Ifah mengingatkan Nizan agar jangan terlalu lebih dalam melayan Ifah.

Sementara itu, Ifah pula tertanya-tanya sama ada dia mula jatuh hati dengan Nizan atau tidak. Ifah merasakan pandangannya sudah tertarik pada Nizan tapi hatinya tidak tahu lagi. Ifah merasakan ada sesuatu yang cuba menghalangnya daripada meneruskan hubungannya dengan Nizan. Ifah bukan tidak pernah bercinta dengan lelaki, tetapi Ifah tidak boleh mengungkiri janji yang sudah dilakar sebelum ini. Ifah terkeliru sama ada sekiranya dia menjalinkan hubungan cinta dengan Nizan akan membuatkan dia mengingkari sebuah janji yang telah dibuat sebelum ini. Ifah terkeliru.

Beberapa hari selepas itu, Ifah tidak lagi menghubungi Nizan walaupun Nizan berulangkali menanyakan khabar Ifah melalui mesej. Kadang-kadang Nizan cuba membuat panggilan kepada Ifah tetapi tidak dijawab. Nzan tertanya-tanya akan tindakan Ifah yang secara tiba-tiba menyepikan diri.

“Ya Allah, apakah yang sudah aku lakukan terhadap Ifah sehingga dia tak nak jawab panggilan dan mesej aku?” Nizan bertanya sendiri. Nizan kembali terkenangkan Najihah yang turut melakukan perkara yang sama sebelum meninggalkan Nizan empat tahun yang lalu.

-          Nizan, Ha minta maaf. Tapi Ha rasa ini yang terbaik buat kita. Nizan jangan tanya Ha kenapa Ha buat semua ini kerana tiada jawapan untuk soalan tersebut pada Ha buat masa ini. Ha harap Nizan faham yang kita tak akan bersama.
Nizan mengingat kembali mesej Najihah yang pernah dhantar kepadanya dahulu. Fikiran Nizan melayang jauh. Sangat jauh. Nizan mula membayangkan pula Ifah yang mula dikenalinya kira-kira sebulan yang lalu. Nizan menyukai ketawa riang Ifah dan lirikan mata manjanya. Nizan amat tertarik dengan lirikannya sehingga Nizan akan sengaja mengusik Ifah untuk mendapatkan lirikan tersebut berulang kali. Semakin Ifah melirik ke arahnya, semakin Nizan jatuh hati. Begitulah keadaan hati Nizan pada saat ini.

Empat tahun lalu selepas kecewa mendengar jawapan kepada luahan Nizan daripada mulut Najihah, Nizan ada bertekad untuk tidak lagi bercinta. Namun, pada saat ini Nizan terpaksa mengingkari tekadnya kerana perasaan dan gelodak jiwanya seperti sudah menguasai dirinya. Baginya, Ifah adalah seorang yang terbaik bagi menggantikan cintanya dengan Najihah. Mungkinkah inilah cinta hakiki yang pernah diidamkan oleh Nizan sebelum ini. Ah, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan keran perjalan hidup Nizan masih panjang dan cinta itu boleh berubah-ubah. Perasaan Nizan yang masih terpendam ini masih lagi belum diterjemah melalui luahan perasaannya dan lafaz kata cinta pada Ifah. Dan sekiranya Nizan sudah melafazkan perasaannya terhadap Ifah, perjalanan cintanya akan tiba di suatu persimpangan sama ada ke kiri yang memusnahkan hatinya buat kali kedua tau ke kanan yang menandakan Ifah menerima hati dan perasaan Nizan.

Nizan mula runsing memikirkan keadaannya pada saat ini. Pertemuan Nizan dan Ifah sememangnya membawa kepada sebuah perkenalan. Petang 1 Februari 2009 menampakkan sebuah perkenalan antara seorang yang sudah lama putus cinta dengan seorang gadis yang belum diketahui status hidupnya. Perkenalan keduanya telah membawa kepada sebuah persahabatan dan melakar sebuah kemesraan yang tercipta secara sendiri. Akhirnya pada saat ini, hampir dua bulan perhubungan dan kemesraan dijalin, timbul pula sebuah perasaan yang menjadi persoalan kehidupan para remaja dunia. Rasa cinta yang menjadi fitrah manusia.

Perkenalan yang mebawa kepada perhubungan dan kemesraan antara Nizan dan Ifah telah membawa kepada sebuah kerinduan. Nizan amat merindui Ifah sekiranya tidak berhubung selama sehari dua. Sementara itu Ifah pula turut merasai perasaan yang sama sehingga asyik terbayangkan Nizan setiap ketika. Rindu sememangnya membawa kepada perasaan kasih yang tercetus akibat kemaruk rindu yang berpanjangan. Nizan mula merasai dirinya mencipta kasih terhadap Ifah setelah asyik merindui Ifah yang juga turut dirasa oleh Ifah. Perasaan kasih ini lah yang membawa kepada perasaan cinta antara kedua-duanya. Betullah istilah yang mengatakan pertemuan melakar perkenalan. Perkenalan melukis perhubungan. Perhubungan mewarna kemesraan dan kemesraan mencorak kerinduan. Sememangnya kerinduan mencipta sebuah kasih dan kasih tercipta membina perasaan cinta. Akhirnya, cinta akan berkekalan sekiranya setia dan kejujuran berpadu menjadi satu. Fuh, sungguh indah kata-kata itu.

Namun, perasaan gelisah terus menghantui fikiran Ifah. Apakah yang harus dilakukannya terhadap perasaanya kepada Nizan. Ifah juga tertanya-tanya sama ada Nizan juga turut mempunyai rasa kasih terhadapnya atau sekadar bertepuk sebelah tangan sahaja. Cuma yang menjadi penghalangnya adalh janji yang pernah disemai sebelum ini. Belum lagi terlintas di hati Ifah untuk mengingkari janji yang sebahagian daripada amanah yang digalaskan di atas pundaknya. Ifah keliru dan berada dalam dilema. Semuanya ini ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapa. Namun apakah sebenarnya yang menjadi penghalang kepada Ifah untuk menerima Nizan? Dan adakah Nizan akan meluahkan perasaannya pada kali ini atau hanya memendamkan sahaja dalam hatinya? Apakah yang bakal terjadi? Semuanya pasti tejawab dalam episod yang seterusnya.