Masihkah anda mengingati akan sebuah novel pendek bersiri yang pernah dikeluarkan pada tahun 2007? Ya, tepat sekali. Itulah yang dimaksudkan. Novel pendek bersiri MENCARI CINTA HAKIKI… Adakah anda telah mendapatkannya dan selesai membacanya? Pastikan anda telah mendapatkannya dan membacanya kerana cerita yang bakal anda baca ini merupakan kesinambungan daripada cerita novel tersebut. MENCARI CINTA HAKIKI dibintangi oleh Nizan sebagai watak utama yang mencari sebuah cinta yang kekal dan abadi. Adakah dia berjaya dalam misi pencariannya yang lepas? Sekiranya anda membaca novel tersebut, pastinya anda mengetahui jawapannya. Namun persoalannya, adakah cinta yang dicarinya itu diperoleh? Dan sekiranya dia memperoleh cinta tersebut, adakah benar ia sebuah cinta yang hakiki? Hidup adalah sebuah percaturan yang memerlukan banyak pengalaman, pengorbanan dan perasaan. Yang pasti, yang putih tak akan kekal suci dan yang hitam tidak mustahil menjadi jernih. Semuanya terserah kepada pembawa watak cerita dunia ini.
Hari ini, penulis muda yang kerdil kembali dengan sebuah lagi cerita yang pasti menambat hati para pembaca. Penulis muda kelahiran bumi Sandakan, Sabah ini baru berusia 20 tahun dan aktif dalam bidang berbahasa terutama Bahasa Melayu. Sastera adalah kehidupan yang sentiasa menjadi teman dalam mengharungi hidupnya. Begitu juga dengan sejarah yang amat penting dalam mencorak hidup beliau. Beliau mula berkecimpung dalam arena penulisan dan lisan sejak berusia 13 tahun iaitu ketika melangkah ke alam sekolah menengah. Beliau mula mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Manila, Sandakan. Kemudian berpindah ke bebarapa sekolah rendah yang lain iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Padang, Kota Kinabalu; Sekolah Kebangsaan Seri Gaya, Kota Kinabalu; Sekolah Kebangsaan Sakilan Desa, Sandakan. Juga menerima pendidikan di SMK Segaliud, Sandakan sebelum melangkah ke SMK Elopura (Bestari), Sandakan. Kini beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Sejarah di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia dalam tahun yang pertama. Beliau lebih mesra dipanggil Ejan dan dikenali sebagai Budak Nakal. Beliau yang dimaksudkan adalah penulis novel pendak bersiri MENCARI CINTA HAKIKI iaitu S. ABDUL SALAM atau nama sebenarnya SAH REZAN BIN ABDUL SALAM.
Ikuti perjalanan cerita yang bakal dikarang oleh penulis muda ini melalui blog hakikikahsebuahcinta.blogspot.com. Cerita ini akan mula dikeluarkan pada 31 Disember 2009 dan akan terbit dalam siri episod. Jangan lupa mengikuti kesudahan hidup Nizan dalam Mencari Cinta hakikinya melalui sebuah lagi karya S. Abdul Salam, HAKIKIKAH SEBUAH CINTA. Nantikan kemunculannya 31 DISEMBER INI…





0 comments:
Post a Comment