THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, December 31, 2009

EPISOD 1: MENCARI CINTA HAKIKI

Mentari pagi semakin kelihatan di ufuk timur bertentangan dengan jendela bilik tidur Nizan. Cahaya indah itu memasuki celah-celah jendela kayu dan mengenai kelopak mata Nizan yang masih tertutup. Tidur lagi rupanya. Jarum jam dinding masih setia membuat pusingan balapan yang entah bila akan terhenti. Nizan masih lagi terlentang di atas katil tidurnya yang bercadarkan warna kegemarannya, biru. Tusukan suria mentari jingga ke kelopak mata Nizan membuatkan dia sedikit demi sedikit tersedar dan akhirnya terjaga. Nizan menggosok-gosokkan matanya selepas sekuat habis mengeliat menunjukkan rasa kepuasan selepas menikmati mimpi tidur sejak pukul 9 malam semalam.


Dengan badan yang lemah dan masih tidak sedar sepenuhnya, Nizan berjalan longlai menuju tingkap bilik dan membuka daun tingkap perlahan-lahan. Sejurus selepas dia membuka jendela, zupp! Sebiji bola sepak permainan kanak-kanak menampar mukanya. Aduh! Permulaan hari yang sangat malang bagi Nizan. Dia hanya mampu ketawa kecik memerli diri sendiri.


“Maaf bang. Tidak sengaja.” Seorang budak berusia agak-agak 6 tahun datang menuju kea rah jendelanya sambil mengaru kepala. Nizan hanya mampu tersenyum tanpa berkata apa-apa. Budak lelaki berkulit sawo matang itu ketawa kecil sebelum meninggalkan Nizan dengan nasib malangnya itu. Nizan memerhati budak lelaki itu berlari ke arah sekumpulan kanak-kanak yang sedang menunggunya di tengah halaman rumah Nizan. Nizan segera menoleh ke arah jam dinding. Apa!? Sudah pukul 9.01 pagi! Nizan tersentak kerana dia berkira baru pukul 6 pagi. Dia ketawa kecil lagi.


Nizan kemudian memerhati sekeliling halaman rumahnya. Di hujung halaman sebelah kiri kelihatan sepohon kelapa yang agak tinggi sedang melambai-lambai Nizan yang sejak tadi tercegat di muka jendela. Lambaian pohon nyiur yang ditanam oleh ayahnya sejak lapan tahun lalu itu seolah-olah memanggilnya untuk turun menikmati suasana pagi di luar rumah walaupun agak lewat sudah rasanya. Nizan membetulkan kain langsir tingkap biliknya kemudian segera menuju ke pintu rumah dan melangkah keluar menghirup udara pagi. Kelihatan di bawah tangga ibu ayam sedang mengajar anak-anaknya mengais untuk mencari makanan. Hah! Itu dia cacing yang mereka cari sejak tadi. Kahsian melihat ayam kampung peliharaan ayah ini. Beginilah nasib mereka yang kurang bernasib baik dan tidak mampu. “Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.” Kalau tidak mengais, alamatnya tak makanlah mereka.


Nizan berjalan menuju pohon nyiur yang sejak tadi memanggilnya untuk kunjung ke pohon tersebut. Nizan duduk melabuhkan punggungnya di bawah pohon tersebut dan melemparkan pandangannya jauh melayang entah ke mana.


“Nizan, bukan niat Najihah untuk melukai Nizan. Tapi, sudah tiba masanya Nizan harus tahu bahawa Najihah sudah berpunya.” Najihah membuka cerita selepas hamper sepuluh minit kami berrdua membisu.


“Tapi mengapa hari ini baru Najihah beritahu Nizan?” Nizan membalas kembali.


“Najihah tak sangka yang Nizan ada menyimpan perasaan terhadap Ha. Ha anggap Nizan macam abang Ha dan tak lebih dari itu.”


“Nizan tahu.”


“Habis tu. Kenapa Nizan terus mendambakan cinta terhadap Ha? Ramai lagi perempuan lain Nizan.”


“Hati Nizan untuk Ha. Bukan untuk yang lain.”


“Tapi hati Ha bukan untuk Nizan.”


“habis tu untuk siapa Ha?”


“Rusdi. Itu yang pasti sekarang ini.”


“Tapi…”


“Nizan, cinta tak boleh dipaksa.”


Khayalan Nizan terhenti di situ. Lontaran pandangannya menjadi semakin kabur. Itulah kata-kata terakhir Najihah sebelum meninggalkan Nizan hampir 4 tahun lalu. Najihah kini berada di Perlis melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Perlis. Sejak empat tahun lalu Nizan tidak lagi mendengar khabar mahupun mesej daripada Najihah. Sudahlah Nizan, bukan jodoh nak buat macamana. Tuhan lebih mengetahui.


Nizan kembali melihat kanak-kanak yang bermain di halaman rumahnya. Sungguh meriah sekali. Walhal hanya lima orang sahaja yang bermain di situ. Memang macam begitulah keadaannya apabila kanak-kanak bermain. Lebih suara daripada pergerakan anggotanya. Nizan memerhati dan terus memerhati. Seketika kemudian Nizan memalingkan mukanya ke arah emaknya yang sedang menyapu halaman rumah. Herm, sejak bertahun lamanya itu sahaja kerja yang dilakukan oleh emaknya. Menyapu halaman rumah walaupun bersih sahaja dilihat pada pandangan mata. Mungkin beliau sudah tidak ada kerja lain untuk dilakukan memandangkan beliau adalah seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Lagipun suami beliau sudah lama meninggal dunia iaitu sejak Nizan berada dalam tingkatan empat lagi. Ayah Nizan meninggal dunia kerana menghidap penyakit kencing manis dan terpaksa menanggung penderitaan tersebut selama dua tahun sebelum menyahut seruan sakaratul maut pada malam Jumaat selepas Hari Raya Aidil Fitri empat tahun lalu. Kini Nizan merupakan anak yatim yang hanya berpaut pada dahan kasih sayang seorang ibu tanpa belaian manja seorang ayah.


Nizan mengangkat punggungnya dan meninggalkan pohon kelapa yang semakin dimamah usia itu. Lambaian daunan pohon itu semakin lemah seolah-olah enggan membiarkan Nizan meninggalkannya. Nizan kembali ke rumah dan mendapatkan emaknya yang masih lagi membersihkan sekeliling rumah.


“Mak, emak tak bosankah menyapu halaman rumah ni hamper setiap hari? Nizan lihat, tak lah kotor sangat.”


“Habis tu, kalau mak tak bersihkan halaman rumah ni, siapa lagi yang nak tolong bersihkan? Nizan? Herm, bangun tidur pun waktu matahari dah separuh tegak.”


“Mak ni. Kita tanya lain, dia jawab lain.”


“Betul lah mak jawab. Nizan tu bukan rajin sangat. Nak harapkan adik-adik tu, semua masih kecil lagi Nizan. Lagipun, kamu semua dua kali lima jugak.” Emak Nizan tersengih. Nizan hanya mampu tersenyum seolah-olah membenarkan kata-kata emaknya itu. Nizan kemudian meninggalkan emaknya yang semakin meleret meleterkannya. Nizan sudah lali dengan leteran emaknya dan merasakan itu sebahagian daripada kehidupannya bersama ibu tunggal itu.


Dari jauh kelihatan sorang lelaki muda sedang menuju ke rumah Nizan. Lelaki itu rasanya sebaya dengan Nizan dan seperti selalu kelihatan berkunjung ke rumah Nizan. Orangnya berkulit cerah dan agak tinggi. Rambutnya panjang dan lurus seperti Faizal Tahir ketika membawakan lagu Coba pada Anugerah Juara Lagu 2008 yang lalu. Pemuda itu semakin menghampiri rumah Nizan.


“Nizan!” Lelaki itu menjerit dari luar rumah Nizan.


“La, Rahmat rupanya. Kalau ya pun Mat, bagilah salam terlebih dahulu.” Mak Nizan bersuara dari bawah rumah.


“Eh, Mak Siah. Maaf Mak Siah, lupa. Assalamualaikum.”


“Wa alaikumussalam. Ya Allah, terperanjat aku Rahmat. Ingatkan bala mana yang datang tadi. Rupanya Rahmat yang tiba.” Nizan menjawab dari atas rumah. “Ada apa tepekik awal pagi ni?”


“Awal kau kata? Wey, kau dah lupa kah kita ada persahabatan bola tampar hari ni dengan kampun sebelah tu.” Rahmat bersuara lagi.


“Allahu Akhbar, aku terlupa lah. Kenapa kau tak ingatkan aku?”


“Sorry, bro. telefon aku empty credit.”


“Empty ke?” Nizan memerli.


“Yalah, ingat aku nak tipu kau kah? Wey, kita sahabat baik. Tak terlintas nak tipu kau.”


“Alamak kau ni Rahmat, emosional lah pulak. Ok, bagi aku sepuluh minit untuk siap. Aku belum mandi lagi ni. Kau naiklah dulu.” Nizan mempelawa Rahmat naik ke rumah dan menunggunya di ruang tamu sementara dia bersiap-siap.


Tidak lama selepas itu, mereka berdua meenuju ke gelanggang bola tampar bersebelahan dengan surau kampung kediaman Nizan. Keadaan di kawasan tersebut sungguh meriah dengan kehadiran penduduk kampung yang ingin menyaksikan perlawanan persahabatan bola tampar di situ. Nizan memang seorang pemain bola tampar yang selalu mewakili sekolah dan daerah semasa berada di bangku sekolah dahulu. Beliau juga seorang yang mahir bermain badminton. Maklumlah seorang yang aktif dan lincah perwatakannya.


Seketika selepas sampai di gelanggang tersebut, perlawanan pun bermula. Nizan sememangnya masih lincah bermain walaupun hamper setahun meninggalkan permainan tersebut. Maklumlah Nizan baru sahaja menamatkan alam persekolahan bergelar pra-U tahun lepas dan sekarang ini tengah menanti keputusan yang akan menetukan jalan hidupnya yang seterusnya. Samada terus bergelar pelajar atau bakal bergelar seorang pekerja. Semuanya bergantung pada keputusan yang bakal keluar nanti. Nizan menunjukkan aksi-aksi yang memikat hati para penduduk kampung yang hadir pada waktu itu. Tidak sampai sejam, perlawanan tamat dan kemenangan berpihak kepada Nizan dan kawan-kawannya.


“Nizan, kau memang ayam tambatan dalam kampung kita ni.” Rahmat bersuara.


“kau ni Rahmat saja mahu puji aku lebih-lebih. Padahal, aku tengok macam kau lagi yang lebih hebat daripada aku. Aku main biasa saja Mat.”


“Alamak, kau jangan mahu ambil hati aku. Kau memujikah atau memerli aku?”


“Pujilah.”


Dalam asyik mereka berbual sambil menghilangkan rasa penat selepas bermain hampir sejam lamanya, pandangan nizan diganggu dengan sesuatu yang seolah-olah mencuri perhatiannya. Nizan terpaku seketika. Matanya tidak berkelip dan kepalanya berpusing perlahan-lahan mengikut pergerakan yang diperhatikannya itu. Rahmat merasa hairan dan bingung dengan kelakuan Nizan seolah-olah sedang dirasuk oleh sesuatu.


“Nizan, kau tidak apa-apakah? Lain macam saja aku tengok kau sejak tadi.”


“Ish, kau ni mengganggu sajalah Rahmat. Aku tengah tengok….” Nizan berpaling ke arah Rahmat dan ingin menunjukkannya kepada Rahmat. Namun, selepas berpaling semula kea rah pergerakan itu ternyata dia hampa kerana pergerakan yang menarik perhatian dan pandangannya sebentar tadi lenyap beitu sahaja. Dia merasa hampa.


“Aik, kau tengok apa?” Rahmat mencelah lagi.


“Semua ni salah kau lah. Kenapa kau ganggu aku tadi.”


“Aku ganggu kau? Bila pulak? Aku Cuma tanya kau tengok apa?”


“Ah, tiada apa-apa. Lupakan sahaja.” Nizan mengangkat punggungnya dan mengajak Rahmat pulang ke rumah. Dalam perjalanan Nizan asyik membayangkan semula akan pergerakan yang berlalu di hadapannya sebentar tadi. Amat memukaunya dan dia belum pernah melihat sebelum ini. Hatinya sentiasa terdetik sekiranya dia akan bertemu dengan apa yang dilihatnya sebentar tadi atau sebaliknya. Harapan tinggi ditanam dalam hatinya untuk mengulangi pengalaman itu buat kali kedua. Hari tersebut merupakan hari malang bagi Nizan. Awal pagi ketika mebuka daun tingkap mola menghinggap di mukanya dan kali ini dia dibayangi pula sesuatu yang mengganggu fikirannya.


Pada petang itu, Nizan berjalan-jalan di sekitar kampung bersendirian. Sudah lama Nizan tidak bersiar-siar di kawasan kampungnya sejak melangkah tinggal di asrama semasa tingkatan empat yang lalu. Penduduk kampung hampir tidak mengenalinya kerana kalaupun Nizan pulang ke kampung semasa cuti sekolah dahulu dia jarang keluar rumah dan asyik berkurung di rumah sahaja. Emak menggelarkannya sebagai ‘perawan macho’ kerana sentiasa berkurung seakan-akan perempuan dara. Nizan menunggang basikal peninggalan arwah ayahnya walaupun sudah uzur dari pandangan mata. Nizan amat menyayangi basikal tersebut kerana itulah pengangkutan yang digunakan olah arwah ayahnya untuk ke mana-mana sahaja seitar kawasan kampung.


Setibanya di tepi sungai yang menjadi tempat Nizan mandi-manda semasa zaman kanak-kanak dulu, dia memberhentikan basikal dan duduk di atas batu besar. Nizan duduk bertinggung dan memandang ke arah sungai yang masih mengalir damai seperti dulu walaupun pembangunan semakin pesat di negara ini. Nizan memerhati daun-daun pohon rambutan yang gugur dan hanyut di bawa lairan sungai yang tenang itu. Nizan membayangkan begitulah kehidupan di dunia. Bermula dengan pucuk daun yang baru keluar pada ranting pohon. Daun tersebut semaki hari akan menjadi semakin tua dan menunggu masa untuk gugur. Apabila gugur, itulah tanda penghabisan hidup di dunia. Namun gugur bukan setakat itu sahaja hidup akan berakhir. Manusia akan melalui arus dan liku untuk hidup kembali di alam akhirat. Hidup sangat panjang jika difikirkan dengan teliti kerana mati di dunia bukan penamat segalanya. Keabadian masih menunggu di alam ketiga nanti selepas alam rahim dan alam dunia.


‘kerna kamu, ku lepaskan dirimu. Pergilah bersamamu dengannya, yang kuinginkan…’ Kedengaran suara Faizal Tahir sedang menyanyikan lagu Kerna Kamu dari telefon bimbit Nizan. Ada panggilan rupanya daripada Zikri yang juga merupakan kawan Nizan semasa berada dalam pengajian pra-U yang lepas. Nizan menjawab panggilan tersebut.


“Assalamualaikum, Nizan. Awak di mana sekarang?”


“Wa alaikum salam. Aku macam biasalah Zikri. Aku stay di kampung. Kau mimpi apa ni tiba-tida telefon aku. Ada apa-apa yang aku boleh bantu?”


“Tiadalah. Aku saja mahu telefon kawan-kawan lama aku. Lama sudah aku tidak telefon kamu semua. Rindu rasanya.” Zikri ketawa kecil.


“Ada-ada saja kamu ni Ri. Dari dulu macam tu juga. Suka buat benda yang tidak betul. Kamu apa khabar sekarang? Ada di mana?” Nizan turut tertawa kecil.


“Aku kerja di Kuala Lumpur ni. Lepas STPM hari itu, aku terus ke sini ikut kakak aku kerja di sini. Kerja kilang sahaja. Kilang penghawa dingin. Gaji boleh tahan lah untuk aku simpan bagi melanjutkan pelajaran nanti. Kau tidak kerja kah?” Nizan terdiam seketika dan merasa malu dengan Zikri dengan kesungguhannya bekerja.


“Aku bantu mak aku mengusahakan kebun kelapa sawit peninggalan arwah ayah aku. Ini sahaja yang aku mampu buat untuk balas budi arwah ayah aku. Lagipun, daripada berkhidmat untuk orang lain, apa salahnya berbudi pada tanah yang membesarkan aku selama ini.” Nizan menjawab pertanyaan Zikri.


“Oh, macam itu. Rahmat? Dia tanam anggur kah?”


“Tak baik kau cakap dia macam itu. Rahmat tu orang senang, tak perlu kerja macam kita ni pun dah boleh melanjutkan pelajaran ke mana sahaja yang dia mahu. Maklumlah anak usahawan berjaya.”


“Tak mengapa Nizan, setiap manusia ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Siapa tahu kita pun boleh menjadi orang yang senang suatu hari nanti. Betul kan?”


“Betul tu Zikri.” Nizan dan Zikri berbual panjang hampir sejam lamanya. Mereka kadang-kadang ketawa bersama apabila bercerita tentang kenangan ketika di alam persekolahan yang lepas. Zikri memang seorang pelajar yang nakal dan selalu ponteng kelas terutama kelas Sejarah yang baginya membosankan walhal sejarah adalah suatu subjek yang amat menarik jika diikuti secara kronologi. Sejarahkan sebuah cerita yang mempunyai fakta dan boleh berubah menikut kajian dan penyelidikan. Sangat menarik.


“Jadi, sekarang kau masih sendiri?” Zikri bertanya lagi.


“Aku malas nak fikirlah benda-benda macam ni Ri. Aku sangat terluka dan luka aku belum sembuh lagi.”


“Walaupun sudah empat tahun yang lalu? Dahsyat perasaan kau ini Nizan.”


“No comment.” Nizan kemudiannya menamatkan perbualannya dengan Zikri kerana hendak menunggang basikal pulang ke rumah memandangkan waktu sudah semakin gelap. Nizan menunggang basikal kembali ke rumah dan terus bersiap untuk menunaikan soalt fardhu maghrib.


Selepas menunaikan solat fardhu maghrib, Nizan mencapai Al-Quran yang berada di rak buku di sebelah katilnya. Suara lunak Nizan mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran amat mendamaikan suasana pada malam itu. Alunan suara Nizan diiringi dengan bunyi cengkerik yang sentiasa memecahkan kesunyian malam. Tiada jemunya. Setelah selesai membaca empat halaman, Nizan menyimpan semula Al-Quran tersebut dan berbaring di atas katil miliknya sejak kecil lagi. Seperti biasa, Nizan akan cuba melemparkan pandangannya sejauh yang mungkin. Kali ini pandangan dilayangkan sehingga ke muncung bulan sabit pada malam itu. Nizan terenangkan kembali Najihah yang menghantui ingatannya sejak empat tahun lalu.


“Nizan, kita mahu ke mana ni?” Najihah mula bersuara.


“Nizan mahu ajak Najihah keluar temankan Nizan membeli barangan keperluan program kemerdekaan di sekolah minggu depan.”


“Lah, kenapa tak bagitahu awal-awal.”


“Kenapa, Najihah tak mahu?”


“Tidak lah. Ha Cuma tertanya-tanya sahaja.” Nizan membayangkan senyuman manis yang terlukis pada bibir najihah. Mata Najihah yang agak sepet melirik mata Nizan seolah-olah seperti ada perasaan di sebalik lirikan manja itu. Tapi semuanya hanya ilusi Nizan sahaja. Kelakuan baik Najihah kepadanya bukan melambangkan perasaan yang terpendam dalam hati wanita berbangsa Kadazan Muslim itu. Hatinya awal-awal lagi sudah diberikan kepada Rusdi yang juga kawan kepada Nizan semasa di bangku sekolah dahulu. Nizan tertawa seorang diri bila mengenangkan cinta monyet zaman persekolahan yang lalu. Bagi Nizan sekarang percintaan dalam zaman bangku sekolah tidak lain adalah cinta yang menipu semata-mata. Jika ada yang berkekalan sehingga alam perkahwinan mungkin hanya mewakili satu daripada seratus ribu orang yang ada di dunia ini. Cinta monyet adalah percubaan pelajar untuk merasai perasaan tersebut. Lagipun pelajar sekolah adalah remaja yang berada dalam tahap darah muda yang sentiasa ingin mencuba sesuatu.


Pandangan Nizan kabur seketika dan wajah Najihah yang sejak tadi menghantui pemandangannya semakin hilang dan meninggalkannya. Nizan tersenyum lagi. Nizan kemudian teringat akan peristiwa yang berlaku pada pagi tadi selepas perlawanan persahabatan bola tampar yang disertainya. Pandangan Nizan kembali teralih kepada pergerakan yang lalu di hadapanya pada pagi tadi. Dia memikirkan kembali adakah apa yang dia lihat apda pagi tadi adalah suatu reality atau sebaliknya. Adakah dia akan melalui peristiwa tersebut buat kali kedua? Persoalan tersebut bermain di minda Nizan. Apakah sebenarnya yang berlaku? Ikuti kesudahannya pada minggu hadapan dalam episod kedua HAKIKIKAH SEBUAH CINTA. 

0 comments: